my puisi & kata" mutiara

 *C I N T A .......... Tuhan....
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Tuhan.....
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati Mu
Agar kerinduanku terhadap - Mu semakin menjadi

Tuhan.......
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencinatai - Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada - Mu

Tuhan......
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada - Mu

Tuhan....
Ketika aku berucap aku cinta pada - Mu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada - Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena - Mu

Sebagaimana orang bijak berucap
Mencintai seseorang bukanlah apa - apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah beratti
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya


                              Cerpen : Seukir Kata Dari Hati


Nama Pena : cHE

Malam ini bagaikan seolah-olah mengerti kegelisahan hatiku. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kedinginan malam yang diterangi suasana gemerlapan kilauan cahaya dari lampu-lampu jalan dan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Suasana malam di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada malam ini begitu damai. Suasana bingit dari enjin kenderaan sekadar menyentuh cuping telingaku. Tiada sesibuk dan sebingit bunyian kenderaan di kota-kota lain seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Namun, suasana seaman ini tiada jua mampu meredakan kegelisahan dan ketidaktenangan di hati ini. Mengapa? Memoriku melayang jauh mengingatkan peristiwa lima bulan yang lalu. Peristiwa yang meruntun tangkal hatiku. Peristiwa yang menyebabkan keegoaan kelakianku terhakis. Dan peristiwa yang menyaksikan air mata lelakiku berguguran membasahi bumi. Masih terbayang di kotak mindaku saat pemergian insan itu. Insan yang ku namakan sebagai Haszirah.

Haszirah adalah insan pertama di dunia yang fana ini yang telah menerima cinta tulusku. Cinta suciku. Haszirah yang telah membuatkan aku tertawa, gembira, dan penuh hilai tawa. Tapi, kusangkakan semua itu bagaikan tiada pengakhirannya. Kusangkakan dia adalah insan pertama yang menerima cintaku dan insan terakhir yang muncul dalam hidupku. Ternyata tekaanku meleset. Haszirah berubah hati setelah hanya hampir sebulan melayari nakhoda mahligai bersama diri ini. Aku yang pada ketika itu hanya insan biasa, tiada masa depan, tiada berharta terpaksa melepaskan dia pergi. " Mengapa? Tiada mampukah aku untuk mengejar dia kembali? Tiada bisakah untukku melangkah selangkah ke hadapan dan memegang erat tangannya? Membawanya ke dalam pelukan cintaku." Berbagai persoalan menerjah ruang fikiran ini. Haszirah pergi meninggalkan aku setelah cinta lamanya kembali. Kembali mengenangkan memori silam saat bersama sedikit waktu dulu. Kembali mengharapkan cinta itu bersemi seperti sesaat yang lalu. Haszirah yang pada ketika itu masih baru bersamaku, masih mencurigai keikhlasan aku terhadapnya mula menampakkan tanda untuk kembali kepada cinta lamanya. Aku dipersiakan ibarat tunggul kayu yang tiada berharga. Aku bagaikan seketul batu yang bisa dia lontarkan ke sana dan ke sini mengikut kehendak hatinya. Hatiku yang remuk berkecai sebaik dia mengaku yang cinta lama antara dia dan insan itu masih bersemi, cuma menunggu masa untuk bersatu kembali bagaikan tidak dihiraukan lagi. Apa yang penting pada waktu itu adalah cintanya kepada insan itu. Insan yang telah empat tahun bermadu kasih, berkongsi cerita, berkongsi suka dan duka bersama. Aku ibarat pelabuhan persinggahan. Tidak lebih seperti seorang nelayan yang menjadikan sebuah pelabuhan tempat dia berteduh sebelum subuh menjelang bagi meneruskan aktiviti menangkap hasil laut. Hanya berguna di kala memerlukan tetapi bagaikan tiada apa-apa nilai setelah senang di kemudian hari.

Aku pada tika itu tiada tempat meluahkan duka dan lara di hati. Hidupku bagaikan tiada apa-apa nilai lagi. Insan yang ku sayang malah ku cintai telah pergi. Pergi meninggalkan aku terkapai-kapai di lautan cinta yang kian lemas. Saat itu, semua insan yang berada di sampingku meninggalkan aku jua. Meraka mengejar cita-cita yang kian hampir. Melangkah gagah ke menara gading di seluruh negara. Dan memulakan kehidupan baru bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Sedangkan aku, masih lagi di destinasi lama. Nun jauh di hujung kampung bertemankan hati yang lara. Bermandikan cinta yang tiada kesampaian. Aku pada saat itu tidak layak meneruskan pengajian ke menara gading. Disebabkan keputusan peperiksaanku yang tiada mampu untuk melayakkan aku mendapat mana-mana kurusus di universiti. Dan tidak layak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama teman-teman seperjuanganku. Malahan tiada jua layak untuk terus mendambakan cinta buat insan bernama Haszirah. Dia kini berada di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Mempunyai sebuah masa hadapan yang cerah dan baik berbandingku. " Biarlah kau bahagia di sana Hasz. Tapi izinkan aku untuk meneruskan cinta ini buatmu". Bisik hati kecilku.

Masa berlalu kian pantas. Tanpa ku sedari, sebulan waktu telah beredar. Meninggalkan memori silam yang masih kemas terpahat dalam ingatan. Tika itu, aku masih lagi di situ. Masih lagi berada di dunia khayalanku. " Sampai bila aku harus begini? Sampai bila aku harus lemah dan kalah dalam menghadapi semua ini", hati kecilku seringkali berbisik sedemikian. Duniaku pada waktu itu hanya pada sehelai kertas kumal bertemankan tinta nan basah. Di kertas kumal itulah aku melakar segala emosi yang melemaskan diri ini, dan di kertas itu jualah aku mengukir kehidupan manusia duniawi. Aku mencipta situasi, aku mencipta watak dan perwatakan manusia, aku mencipta sebuah jalan kehidupan lalu ku gabungkan menjadi sebuah cerita. Cerita pendek atau dinamakan cerpen. Ku kongsikan cerita itu bersama teman-teman mayaku. Tiap hari dan ketika, aku mengadap sebuah komputer. Membaca komen-komen dan pendapat dari teman-temanku itu. Ada yang mengkritik jalan ceritaku namun ramai jua yang memuji lebuhraya kehidupan yang ku ciptakan sendiri. Aku berasa puas kerana hasil kerjaku dinilai dan diberikan suntikan pendapat. Begitulah kehidupanku pada waktu itu. Sedikit-sebanyak hatiku tidak terseksa mengenangkan memori silam yang penuh duka nestapa.

Masa berlalu lagi dan lagi. Tanpa ku sedari, seorang wanita tiba-tiba muncul di waktu aku memerlukan seorang teman bicara. Wanita itu ku namakan dia sebagai Eyra. Eyra yang ku kenal melalui internet lama kelamaan semakin rapat dan selesa bersamaku. Aku dijadikannya tempat meluahkan masalah, berkongsi cerita, berkongsi tawa dan duka bersama. Sedangkan aku jua begitu. Eyra adalah tempatku meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Dan apa yang menyesakkan kehidupanku kini. Aku gembira bersamanya. Dia jua begitu. Aku dan dia bagaikan pasangan kekasih. Bermacam cerita dikongsi. Eyra yang mempunyai sikap yang banyak celoteh telah menarik hati kecilku untuk terus mengenalinya. Aku suka perempuan yang mempunya sikap sebegitu. Kerana hal ini akan membuatkan aku terhibur dan gembira.

Di suatu malam, Eyra tiba-tiba menceritakan kisah silam hidupnya bersama seorang lelaki. Lelaki yang dikenali hampir empat tahun lamanya. Dan lelaki itulah yang bersama dia, meredah bermacam onak dan duri bersama selama empat tahun yang lalu. Baginya lelaki itu adalah segala-galanya. Tiada apa yang mampu menghalang cintanya buat lelaki itu. Namun, pada malam itu, segala cerita itu dirungkainya ke cuping telingaku.

" Awak, lelaki itu Eyra kenal lama la. Hampir empat tahun. Dan hampir empat tahun jua kami bersama tau. Urm… Dia tu first love Eyra laa. Masih terbayang dalam ingatan Eyra peristiwa pada malam itu. Time tu Eyra ngah bersiap untuk menyambut birthday Eyra bersama dia. Tapi, tiba-tiba je telefon berdering. Eyra dengar suara dia. Katanya, dia ditimpa kemalangan. So, tak boleh nak sambut birthday Eyra bersama. Tapi time tu Eyra dah tak fakir lagi pasal semua itu. Eyra bimbang pasal dia je. Tapi katanya, tak perlulah Eyra bimbang sebab dia cedera ringan je. Cuma motosikal yang dia naiki rosak teruk. Eyra sedih sangat masa tu. Eyra sayangkan dia. So, beberapa hari lepas tu, Eyra keluarkan wang simpanan Eyra untuk membaiki motosikal dia. Eyra sayangkan dia. Eyra sanggup buat apa je demi dia.
Masa berlalu. Pada suatu hari, Eyra pergi ke rumah dia untuk menjenguk dia dan keluarganya. Rumah kitorang jarak tak berapa jauh pun. Tapi, bila tiba di muka pintu je, Eyra nampak adik dia sedang mendukung seorang bayi. Eyra tanyalah tu anak siapa. Adik dia jawab dengan nada sedikit berhati-hati. Katanya ni anak buah baru. Anak abang…Adik dia tak sempat nak habiskan kata-kata itu kerana tiba -tiba kakak dia muncul di depan muka pintu. Eyra nampak kakaknya mencubit mulut adik boyfriend Eyra tu. Eyra pelik. Rahsia apa yang diorang cuba sembunyikan dari Eyra. Eyra mula mencurigai sesuatu.

Awak… Pada suatu petang, Eyra keluar ke pasar bersama kawan-kawan. Hati Eyra berbunga kerana dapat keluar bersama diorang. Eyra sebenarnya seorang yang jarang keluar rumah. Urm… Eyra sangkakan kegembiraan itu akan terus kekal. Tapi semua itu silap. Di suatu sudut Eyra tiba-tiba terpandang seorang lelaki yang cukup Eyra kenali selama ini. Tak perlu dia tunjukkan rupanya. Bayangnya pun Eyra dah cukup kenal. Hati Eyra mulai sedih, kecewa, dan merana tatkala terpandangkan dia insan yang Eyra sayang selama ini sedang mengendong seorang bayi. Di sisinya seorang wanita. Eyra cuba kuatkan hati. Lalu, Eyra capai telefon di tangan dan terus mendail nombor telefonnya. Suaranya Eyra dengar sedikit gelabah. Tanpa melengahkan masa, Eyra menyuruh dia memandang ke belakang. Sesaat kemudian, mata kami bertaut. Eyra pandang tepat matanya. Sedangkan dia mulai resah. Matanya Eyra nampak mulai meliar, gelisah seolah-olah sedang menunggu masa untuk ke tali gantung. Eyra berjalan ke hadapan lalu berada pada jarak tidak kurang satu meter darinya. Awak… Awak tahu tak apa yang dia jelaskan pada Eyra saat itu?
Urm… Katanya wanita itu adalah isterinya, dan anak itu adalah anak mereka berdua. Katanya lagi, mereka kahwin secara paksa kerana telah terlanjur. Hati Eyra berkecai. Tapi hati ini lagi merana dan pilu saat dia mengatakan yang dia dan wanita itu berkahwin pada malam birthday Eyra tempoh hari. Malam yang dia katakan berlaku accident pada dirinya. Dia terpksa menipu. Demi menutup semua kesilapan ini. Bayangkan perasaan Eyra di waktu itu. Katanya lagi, dia mencari wanita lain kerana Eyra seorang wanita yang sukar untuk bermesra, sukar untuk dipegang, dibelai, seperti pasangan-pasangan lain. Ya Allah… Apalah prinsip agama yang dia pegang selama ini? Eyra tertanya-tanya sendiri.
Awak… Selepas daripada peristiwa itu, hati Eyra tertutup pada semua lelaki. Eyra sedih, kecewa dan peristiwa itu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Eyra" Begitulah cerita Eyra pada malam itu.

Aku bagaikan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku kepadanya. Bagiku kisah itu begitu tragis. Lagi-lagi berlaku pada seorang wanita yang sifatnya lemah dan lembut. Aku betul-betul terharu. Eyra mungkin tidak sedar akan perasaan yang ku rasakan pada malam itu. Setelah mendengar kisah silam itu, aku telah bertekad dalam hati ini untuk tidak mengecewakan Eyra, dan tidak menyakiti hatinya lagi. Adalah amat kejam seandainya aku pula yang mengulangi kesilapan bekas kekasihnya.
" Eyra, kita janji untuk tidak membuatkan hati Eyra menagis lagi" , getus hati kecilku pada malam itu.

Masa beredar lagi. Perkenalan aku dan Eyra semakin lama semakin mesra. Tetapi kekadang aku terfikir, adakah aku telah jatuh cinta padanya? Andainya aku tiada perasaan padanya walau sebesar zarah, mengapa pula aku mempunyai keinginan untuk bersamanya? Dan mengapa hati ini ingin mengambil tahu kehidupannya setiap saat yang berlalu? Aku keliru. Seandainya cinta itu telah bersemi, mana mungkin aku dapat bersamanya. Aku dan dia tiada pernah ketemu. Tiada pernah bersua muka. Hanya berjumpa di ruangan internet sahaja. Hanya dapat menatap wajah dan tubuhnya yang kaku. Kekadang dapat melihat senyuman dan gayanya di web cam yang dia tunjukkan buatku. " Ahh… Tidak mungkin aku dan dia dapat bersama. Aku kini di Kelantan, sedangkan dia masih belajar di Johor. Walaupun dia juga berasal dari Kelantan, namun kekangan masa belajar yang padat memungkinkan dia jarang untuk pulang ke Kelantan. Sudah semestinya peluang kami untuk bertemu adalah tipis. Aku makin keliru dengan
dunia yang sedang ku hadapi waktu itu.

Bulan September yang lepas menjadi saat yang paling gembira buat diriku. Aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di Institut Penilaian Negara (INPSEN) di Bangi, Selangor. Walaupun tempat tersebut bukanlah disamatarafkan dengan universiti-universiti awam di negara ini, namun aku bersyukur kerana ada jua tempat aku bergantung dan melanjutkan pelajaranku yang telah lama terkandas. Pada masa yang sama juga, aku ada memohon untuk melanjutkan pelajaran di Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) pada hujung tahun ini. Kemungkinan besar perkenalanku bersama INSPEN tidak lama. Seandainya aku diterima masuk ke UiTM, semestinya bumi INSPEN terpaksa ku tinggalkan. Malahan aku juga terpaksa meninggalkan bumi Putrajaya di mana tempat aku dan penuntut-penuntut INSPEN ditempatkan.

Eyra berkali-kali berpesan padaku supaya tidak melupakannya sebelum aku bertandang ke INSPEN. Katanya, di sini nanti aku akan bertemu dengan banyak gadis lain. Dan saat itu, mungkin dia akan ku lupakan. "Benarkah begitu tekaanmu Eyra?" Aku menyoal diriku berkali-kali. "Benarkah aku bakal bertemu dengan wanita lain, wanita yang bisa membuat hatiku tertaut padanya?" Aku menyoal lagi.

Eyra… Maafkan aku. Setelah sebulan lebih aku di sini, aku tidak menafikan yang ada seorang wanita telah muncul dalam kamus hidupku. Dan aku jua tidak menafikan yang dia turut bisa mengetuk pintu hatiku. Pintu hatiku yang selama ini aku tutup untuk semua ciptaan yang bergelar Hawa. Izinkan aku bercerita tentang dia.

Dia yang ku maksudkan ialah Aisyah atau aku lebih mesra memanggilnya Eyca. Dari jauh pandanganku telah dapat meneka akan perangai dan sikap wanita itu. Aku memerhatikannya. Lama dan semakin lama. Ada sesuatu yang menarik hati kecilku untuk mengenali dia secara lebih dekat. Aku mengaku. Aku yang menghulurkan salam perkenalan. Mula-mula perkenalan ku lihat dia sukar menerima kehadiranku di sisi. Mungkin kerana masih belum mengenali diri ini. Namun, semua itu bagaikan berubah. Aku tidak sangka yang dia sekarang betul-betul ingin mengenaliku. Segala masalah peribadi dan masalah pelajaran dikongsi bersamaku. Aku diibaratkan tempat dia bergantung. Aku ibarat tempat segala-galanya bagi dia. Dia menangis, aku yang menjadi tempat meredakan tangisan itu. Dia tertawa, aku jua yang tumpang tertawa bersama. Mengapa semua ini berlaku? Aku makin keliru dengan dunia yang baru ku redahi ini. Sejujurnya aku takut untuk meneruskan perkenalan ini. Aku takut suatu hari nanti cinta itu bersemi buatnya. Aku takut seandainya semua itu berlaku.

Masih terngiang-ngiang di telingaku saat dia meluahkan segala masalah peribadinya padaku pada malam itu. Katanya, dia mencintai seseorang, namun lelaki itu kini tiada lagi menghiraukannya. Dia rasa bagaikan dipersia dan tidak dipedulikan. Aku terkejut mendengar pengakuan itu. Dia menangis. Dan akulah yang menjadi tempat dia meredakan tangisan cintanya itu. Aku bertambah keliru. Mengapa aku menjadi tempat untuk semua ini? Mengapa? Aku cuba memahami perasannya. Aku cuba merungkaikan masalah yang dihadapinya. Dan aku begitu terkejut tatkala dia mengatakan orang yang dia sayang itu adalah senior kami. Senior yang pernah bersama kami selama seminggu untuk menjadi fasilitator minggu orientasi dulu. Senior itu kunamakan sebagai Syafiq, yang juga merangkap sebagai ketua fasilitator. Syafiq kini sedang menjalani Latihan Perindustrian (LI) di Pahang. Dia akan kembali ke sini awal tahun hadapan untuk menghabiskan pengajiannya di tahun akhir. Aku sedikit kecewa. Kerana aku sedar yang aku bakal menghadapi satu lagi ujian getir seandainya aku meneruskan niat untuk terus mengenali Eyca. Mengapa semua ini sering berlaku kepadaku? Mengapa setiap kali aku mengenali wanita, berbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa aku hadapi seandainya aku ingin terus mengenalinya?

Masa berlalu lagi. Eyca kini makin rapat dan selesa bersamaku. Aku pula semakin berani untuk meneruskan perkenalan ini. Tiada ku fikir tentang Syafiq yang akan menunjukkan mukanya kembali di depan aku dan Eyca pada tahun hadapan. Eyca bagai melupakan lelaki itu. Lelaki yang hanya dikenalinya selama seminggu tetapi terus mengungkapkan kata cinta buatnya. Ikhlaskah Syafiq untuk mencintai Eyca? Mengapa Syafiq mengsia-siakan Eyca? Sedangkan dulu berbagai ungkapan manis yang meniti di bibirnya. Persoalan-persoalan inilah yang sering meruntun jiwaku. Eyca ku lihat kini begitu gembira bersamaku. Aku memberikan dia sokongan dari belakang. Aku sedar dia tiada sesiapa di sini. Keluarga nun jauh di negeri Bumi Kenyalang. Sudah semestinya dia memerlukan seseorang sebagai teman untuk meneruskan kehidupan yang sering diulit rindu terhadap keluarga. Aku meletakkan diriku sebagai orang itu. Tetapi… Siapakah dia di hatiku? Mengapa beriya-iya sangat aku ingin membantunya, menemaninya?

Di suatu hari, Eyca memberitahu aku sesuatu. Katanya, aku telah berjaya mengubah mindanya. Aku telah berjaya mengubah dirinya. Katanya, dia kini sedar cintanya buat Syafiq seolah-olah tiada masa hadapan. Dia dulu hanyut dengan cinta yang tiada pasti.
Katanya lagi, dia dapat melihat sinar kejujuran dari pandangan mataku, dia dapat merasakan ada keserasian antara aku dan dia, dia suka sikapku yang memahami hati dan perasaannya, dia suka akan sikapku yang tidak memaksa, dan dia terharu dengan kerenahku yang sering meminta maaf walhal melakukan satu kesilapan yang kecil cuma. Katanya lagi, seandainya aku dan dia ditakdirkan bersama, dia takkan menolak semua itu. Dia hanya menyerahkan semua ini kepada Allah untuk menentukannya. Eyca…Adakah cinta kau buatku telah mula bersemi?

Aku tidak nafikan yang aku menyayangi Eyca. Dan aku jua tidak nafikan yang cinta ini mula berputik buat dirinya. Dari hari pertama aku melihatnya, hatiku terusik. Terusik melihat gaya dia sebagai seorang muslimah, terusik mendengar butir bicaranya, dan terusik melihat dirinya persis muslimin sejati. Eyca seorang yang meletakkan agama itu di atas membatasi segala-galanya. Lama aku mencari wanita seperti ini. Kini aku ketemuinya jua. Tapi, bagaimana cinta ini akan terus berputik seandainya aku terpaksa meninggalkan tempat ini sedikit masa lagi? Dan bagaimana cinta ini akan ku bajai sekiranya kemunculan Syafiq pada semester depan menggugat hati dan perasaan Eyca? Aku tiada mampu menghadapi sitiuasi yang sama seperti mana yang ku hadapi bersama Haszirah sedikit masa lalu. Cukuplah hanya sekali. Bolehkah Eyca menghadapi semua ini? Sedangkan dia sendiri mengaku yang dia takut untuk menghadapi saat-saat itu nanti. Perlukah aku mengambil Eyca sebagai suri di hatiku dalam masa terdekat ini? Perlukah semua itu? Tapi adakah Eyca dapat menerima diri ini? Walaupun Eyca tidak menolak untuk bersama aku, tapi cintanya buat Syafiq masih bersemi. Sedangkan cintanya buatku tidak pernah dituturkan. Aku sendiri belum pasti. Walaupun gaya dan cara itu menunjukkan seolah-olah dia menyangi diriku, tapi hal itu tidak boleh ku letakkan sebagai alasan untuk mengatakan yang dia mencintaiku. Aku makin keliru dengan semua ini.

Pada suatu malam, aku tiba-tiba teringat pada Eyra. Bagaimanakah hidupnya sekarang. Telah lama aku tidak bertanyakan khabar buatnya. Berdosakah aku? Kerana meninggalkan insan yang telah banyak menemani, dan membantuku di kala aku kesusahan dulu. Eyra… Maafkan aku. Biarlah aku berterus-terang untuk semua ini.
Pada malam itu, aku menelefonnya. Terdengar suara yang sedikit sayu di gegendang telingaku. Hatiku tersentuh. Bagaimana mungkin untuk aku meninggalkan dia saat ini. Aku tidak sanggup. Mendengar suaranya pun tiada mampu ku tahan.
"Eyra…" Aku memulakan bicara. Ku ceritakan dari awal sehingga akhir tentang perkenalanku dengan Eyca. Eyra mulai sebak. Aku pula makin terharu. Bagaimanakah untuk aku menghadapi semua ini?
Tiba-tiba terdengar suara Eyra mengukir bicaranya.
" Dia, dia pergilah pada wanita itu. Wanita itu kini di hadapan dia. Eyra hanya teman yang berada jauh dari dia. Tidak pernah ketemu, tiada pernah dapat bersua muka. Dia pergilah. Wanita itu memerlukan dia. Eyra mendoakan dia dan wanita itu bahagia bersama nanti. Lupakan Eyra di sini. Anggaplah yang dia tidak pernah mengenali Eyra. Buang semua kenangan dan peristiwa yang mengingatkan dia pada Eyra. Eyra takkan menghalang semua ini. Sejujurnya Eyra ingin minta maaf sebab mencintai dia dalam diam sepanjang persahabatan kita. Dia adalah lelaki kedua yang telah membuat air mata Eyra jatuh membasahi bumi. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Eyra, dan tempat Eyra berkongsi kesedihan selama ini. Terima kasih dia. Eyra takkan lupakan semua itu. Dia adalah lelaki yang baik yang Eyra pernah kenal. Eyra dah cuba memahami perasaan dan hati dia selama ini. Ok lah. Eyra nak minta izin untuk mengundurkan diri. Eyra takkan menunggu dia lagi. Eyra akan pergi jauh dari dia. Maafkan Eyra…" Sebak aku mendengar luahan hati Eyra pada malam itu. Lagi sebak bila mendengar dia memanggilku 'dia', iaitu panggilan mesranya buatku…

Masa dan tika kian berlalu. Kehadiran Haszirah sedikit masa lalu ku jadikan sebagai memori silam yang tiada mampu ku lupakan. Biarlah semua itu tersimpan kemas dalam kotak memori silamku. "Maafkan saya Hasz seandainya Hasz tidak mampu mengecap kebahagiaan saat Hasz bersama saya. Saya sudah cuba untuk membahagiakan Hasz. Tapi mungkin Hasz lebih bahagia bersama orang lain. Saya mendoakan Hasz gembira di samping insan tersayang. Tapi, satu perkara yang saya inginkan Hasz mengenangnya selalu. Jangan sesekali lupakan saya sebagai insan yang telah kecewa demi melihat insan yang dia sayang bahagia di samping lelaki yang dia pilih."

Kehadiran Eyra pula di saat aku kesedihan dan memerlukan teman bicara selepas berpisah dengan Haszirah akan ku hargai selagi hayat dikandung badan. "Percayalah 'kita' takkan melupakan semua pengorbanan Eyra. Maafkan 'kita' atas semua ketentuan yang telah berlaku. 'Kita' tak berdaya untuk menerima Eyra. Sebab masa depan antara kita berdua sangat kabur dan samar. 'Kita' tidak mahu memberikan Eyra sebuah harapan kerana 'kita' sendiri tidak pasti untuk semua ini. Biarlah Eyra kecewa kehilangan 'kita' sekarang daripada Eyra kecewa kehilangan 'kita' suatu hari nanti. Maafkan 'kita'…"

Kepada Eyca, insan yang kini berada dekat bersamaku, ku hanya mahukan satu kejujuran dan kesetiaan seandainya aku lelaki yang kau pilih. Antara kita, biarlah Allah yang tentukan kesudahannya. Masa tidak mengizinkan untuk aku meminangmu sebagai suri di hatiku buat masa ini. Mungkin kita akan berpisah sedikit masa lagi. Dan mungkin jua sebaliknya. Mungkin cinta kau akan bersemi buatku. Dan mungkin jua cintamu akan tersemai kembali buat insan yang bernama Syafiq. Tapi satu sahaja perkara yang mungkin kau tidak menyedarinya. Aku akan terus mencintaimu selagi ada harapan untuk aku dan kau bersatu.
I love you…

Karya,
cHE



NOVEL: EIJI YOSHIKAWA- AIKO.pdf
File Size: 868 kb
File Type: pdf
Download File

MAHKOTA CINTA. pdf
File Size: 568 kb
File Type: pdf
Download File

NOVEL DALAM MAHRAB CINTA
File Size: 970 kb
File Type: novel
Download File

aku06080104.pdf
File Size: 237 kb
File Type: pdf
Download File

man07090102.pdf
File Size: 94 kb
File Type: pdf
Download File

http://scholar.google.co.id/scholar?q=jurnal+ekonomi+pdf&hl=id&lr=&start=10&sa=N